Thursday, September 30, 2010

Yang tiDak keLihatan

yang Tidak kelihatan..
sukar di ungkapkan
payah dibayangkan
dipadam,masih tinggalkan kesan
dibasuh,masih nampak kekotoran
tidur,jadi igauan
bangun,jadi kenangan
jalan,jadi bayangan
senyap,jadi bebanan
simpan,tidak dimakan zaman

Taman Darul aman...

Kali pertama aku pg kemarin..
orang lain berkali2 suda.
Walaupun aku terlambat
tapi aku gagahkan juga..
berjalan seorang diri..
kasut tekena lumpur pun aku x peduli.

lebih kurang, kurang lebih jam 5 kami pun bertolak
seronoknya...padahal mau tetidur..

sampai2 jak terus terasa lapar
beli sanggar la..
minum air kelapa pun ok jg
cucuk2 satu...
kenyang

sesi fotografi pertama
ada orang bahagia tapi malu2
kuikuikui....

nek bot...sampai bemasel kaki..
lek sya..
bergambar dengan banyak..

pas makan abc balik
jam8 ada date lg

Thursday, September 23, 2010

secawan kopi dan beberapa detik

seketika bersama kopi disebuah meja dan kerusi...
kupandang kanan kupandang kiri..
kemudian aku berhenti...
pada 1 titik
yg kelihatan..
jalur gemilang berkibar2 perlahan
diantara dua bendera negeri kedah..

di jalanraya...
kereta tidak pernah berhenti..
pada 1 saat semuanya kereta putih
hirup kopi...

angin sepoi2 bahasa


kelapa nan sebatang....



sebijik jak kelapa tu
kononnya sebagai ubat untuk melegakan serangan chicken pox
tetapi oleh kerana kelapa tu susah2 sangat mau buka
dengan peralatan yang tidak mencukupi
maka di tong sampah la terletaknya kelapa itu sekarang


terima kasih atas usaha alep dan yang terlibat
misi tidak berjaya.

Tuesday, September 21, 2010

perkahwinan..

huhuhu (ketawa2 dlu.padahal kepenatan)


susah aku mau gambarkan hal2 kawin ni.
sebenarnya bukan aku jg yang kawin..aku d blakang tabir jak (takut kna suruh2)


12 sept 2010


majlis berinai AWANG SYAHRIN B. ABDUL SALI
ni la majlis yang paling memenatkan
xtau mana salah dan silapnya..
tapi aku telah bertugas sebagai tukang cuci..
bukan jak pinggan,mangkuk,gelas,talam,kuali,termasuk tandas la..
kamu faham2 jg kan..ish2..
malam tu aku memang susah mau tidur
samada telampau banyak makan sayur pakis atau telampau banyak cuci piring
yang pasti rasa macam tecabut pinggang ni


13 sept 2010


lambat ba mau upload gambar
nt jak la ya..
hari yg bahagia untuk abangku
sah menjadi suami kepada sahabat baikku
aku la orang paling gembira melihat airmata keduanya..
akhirnya...mereka disatukan dalam ikatan yang murni..
bahagia slalu a...


15 sept 2010


hari paling keren..
hahaha...kepenatan bertambah2..
mentang2 la aku jak anak perempuan yg single
aku la yg kena tengok semua benda..
pada harini la aku berjanji pada diri sendiri..
sapa2 lg yg mo kawin dirumah ni,panggil katering jak la
penat btl...


happy jg sbb kiko datang dgn her fiance..
sempat lagi dia menghias meja untuk kek
hehehe...
jonathan cool jak


khutbah nikah yang panjang yg aku ingat
"kalo bawa 50 untuk keluarga,mesti bawa 50 untuk keluarga mertua"
smart ow...dalam bahasa simple =adil


saat paling cantik kakakku kelihatan..
maksudnya kakakku kelihatan paling cantik saat ini..


komen terakhir..
siuk juga.


dapat kakak n abang baru..
memang baru la..
masi malu2 lg sampai saat ini.


p/s: aku bila ni???

it goes on

 Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan..sebab demikianlah hidup itu diciptakan


kopipaste macam selalu...
bercakap mengenai hidup,banyak yang terlintas
mau luahkan tu yang susah..
banyak pula halangannya


berdukacitakah aku kerana hidup ini meletihkan...?
memang aku letih..
tapi perlu ka berdukacita?
kalau bersukaria x plak aku letih..
hidup...hidup...
selagi hidup tu hidup,selagi itu aku tidak mati..
tidak mati dari memikirkan pasal hidup..

Monday, September 20, 2010

xploitasi hati (ADA YANG SWEET,ADA YANG SAKIT)

tajuk nak market...
hahahhaa

banyak ba mau diceritakan disini...seminggu yang penuh
seram jg kalo mau cerita...ble mencecah beratus2 page
untuk harijadiku yg telah berlalu...aku pandang semua hal sederhana.

ada yg sweet,ada yg sakit..
ada yang paling menyakitkan.
aku on jak..
kalau tulis 1 ayat jak buli ka dikatakan blog?
kepada semua peminat2ku dijawa tengah,jawa siring dan jawa atas bawah...
tq.hehe
banyak ba support..
tangan2 yang suci la
yg kotor luar dan dalam tu xpayah..

utk september bebeh (punk2,kieko n diri aku sendiri)
hadiah terbaik adalah yg tidak kelihatan
nampak senyuman aku jak dalam cermin kenangan abadi.
utk button yg susah payah kita buat tu..tahniahx3
tq 4 ur love and care..

utk stacy (kawan yg baik)
tq ya blanja mkn d pizza..
makanan jadi sedap bila makan dengan ko..
utk kek resepi rahsia tu...TQVM
ramai juga yg kenyang..
bersuap-suapan lagi

Utk EMa (missrock indiedarlingku)
Tq..ingatan dari jauh..
merindu ko selalu

utk linda (romate kecik)
nyanyi lagu 1rangkap jak
tanda ingatan tulus ikhlas
termasuk suara baya..
farmers river roxx

untuk selainnya (yg sipi2)
yang antar sms...tengah mlm,tengah pagi..
ada jg yg wish lambat..terlebih awal pn ada
yang post kt FB..xbanyak..sikit jak
TQ x terhingga...at least ada..

TERIMA KASIH SEMUA

Saturday, September 18, 2010

19 september

memang aku lahir bulan september...tapi bukan 19 september.

happy birthday....
ha? cuba tgk calendar kamu...
ish xmengaku lagi....
arini baru 19hb ba...
astaga...
sori2

mau senyum ka mau sedih?
tersentap hatiku masa tu..
pas tanya diri betul2 memang
sedih yang teramat2la sedih..

TQ kawan! ko kawan terbaikku!

p/s:jan ambil semua benda serius

Friday, September 17, 2010

semalam...

lucu ada...malu ada...
semua ada...
lama betul kami x jumpa,skali jumpa balik dalam keadaan ini plak
hahaha.....geli pn ada...
post ni khas untuk dia.

aku masih x percaya,
memang keadaan tu sukar dipercayai..
walaupun ko suruh aku mempercayainya
aku tetap sukar untuk percaya.

ntah papa lg aku ckp ni sbnrnya..
post ni khas untuk ko..

TERIMA KASIH UNTUK MOMEN SEMALAM

Wednesday, September 8, 2010

Tuesday, September 7, 2010

pantun2

kalau padi katakan padi,
tidak aku tertampi-tampi,
kalau jadi katakan jadi,
tidak aku ternanti-nanti

pucuk pauh delima batu,
anak sembilang ditapak tangan,
sungguh jauh beribu batu,
hilang dimata dihati jangan.

kiri jalan,kanan pun jalan,
tengah-tengah pohon mengkudu,
kirim jangan pesan pun jangan,
sama-sama menanggung rindu.

kalau mandi ikutku mandi,
satu gayung kita berdua,
kalau mati,ikutku mati,
satu kubur kita berdua,

kalau tuan pergi ke hulu,
belikan hamba bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan hamba dipintu syurga.

hendak gugur,gugurlah nangka,
jangan menimpa si ranting pauh,
hendak tidur,tidurla mata,
jangan mengenang orang yang jauh.

asal kapas menjadi benang,
asal benang menjadi kain,
barang lepas jangan dikenang,
sudah menjadi hak orang lain.

sayang labuan tidak berbukit,
ada bukit di batu arang,
kasih dan sayang bukan sedikit,
dari dulu sampai sekarang.

terang bulan terang di hutan,
bunyi burung sahut-sahutan,
dendam rindu setengah makan,
air mata jatuh ke pinggan.

singapura berupa-rupa,
tempat budak bermain lumpur,
hendak kulupa tak dapat lupa,
lupa sekejap kubawa tidur.

lama sudah tidak ke ladang,
buruk padi dililit kangkung,
lama sudah tidak kupandang,
bagai kiamat di dalam jantung.

bukan ini tali gasingku,
tali gasingku dibawah tangga,
bukan ini patut gandingku,
patut gandingku si anak raja.

isap rokok tembakau cina,
keluar asap berbunga-bunga,
bolehkah saya tumpang bertanya,
cincin dijari siapa yang punya?

terang bulan terang di kali,
buaya timbul kusangka mati,
jangan percaya cakap lelaki,
berani sumpah penakut mati.

apa guna pasang pelita,
kalau tidak bersumbu kain,
apa guna bermain cinta,
kalau tidak bersungguh kahwin.

anak cina piara babi,
kasi makan daun keladi,
anak siapa berpantun tadi,
xcuse me,boleh ulang sekali lg?

p/s : ni antara pantun2 kegemaran aku,ada yg dapat dr mama,dr makcik dan ramai lagi.kalo x paham tu buat2 paham jak sebab sesetengah pantun ni dari brunei.enjoy tinggalan nenek moyang k.

Lykey~~


ouch...aduh sakitnya dahiku...
hehe..ni first time kena pukul dahi sebab putitit.
ingatkan di sabah jak main ni.rupanya sampai alor star orang2 sabah tetap bawa permainan ni.
siuk o..bukan siuk kna pukul(merah2 muka kalau yg white2 skit tu) siuk tinguk kereta volkswagen atau nama glamernya kereta kura2.



aku pun xtau apa yg aku tertarik sangat pada kereta jenis ni.
padahal banyak lagi kereta yang baru,cantik,comel,cute tapi putitit tetap dihatiku
satu hari nanti aku mesti mau beli ini kereta.



sedih ow tengok kereta putitit yg buruk2 terdampar tepi jalan.
bagus bagi aku,aku buat koleksi.


yg lama2 jak la.second hand.kalo yg abru mungkin aku xmampu.nt ada yg masuk hospital gara2 sakit jantung tengok duit dalam bank xda.mesti menyimpan untuk masa depan juga kn.

I LOVE VOLKSWAGEN BEETLE







Sunday, September 5, 2010

coffee



Coffee is a brewed drink prepared from roasted seeds, commonly called coffee beans, of the coffee plant...
ini perenggan pertama aku kopipase dari wikipedia..sebenarnya...arini aku mau cerita apa yang aku suka..suka sangat la.Sapa yg kenal aku tu memang tau apa yang aku suka minum.dimana,sama siapa,bila..ni yg aku mau bincangkan arini...


     Saya suka minum kopi.
     
     Masa aku kecil,aku slalu minum kopi o bersama nenekku.Masa tu aku x sangka aku akan masukkan  cerita ni dalam blog aku.yg aku tau,sedap nenek buat kopi.sejuk,panas,suam,ia tetap sedap. Aku membesar bersama kopi. tapi apa yang paling aku suka dengan kopi ialah ketenangan...aku rasa kopi bagi ketenangan macam pelukan seorang kawan.aku suka minum kopi semasa dalam kesedihan dan kegembiraan.cuma aku yg faham betapa aku menganggap kopi sebagai sesuatu yg penting dalam hidupku.aku sukakan kopi x kira ia jenis apa.



ble jg cakap aku gilakan kopi.


minum kopi tidak bergula,
pahit2 kuminum jua,
kalau datang hatiku gila,
laki org pun aku rampas juga.

jan ikut pantun tu..saja jak aku mau masukkan pantun kopi2 dalam ni. Ada orang anggap minum kopi hanya sesuai waktu exam.xmau tidur sebab mau study.tp minum kopi cara tu xbetul.x menikmati rasa kopi sepenuhnya.
mungkin ramai coffee lover yg ada sebab dan cara sendiri menikmati kopi.tapi bagi aku paling best skali minum kopi semasa ati tenang.xda fikir apa2.sdap jo...sebelum minum tu ambil bau dulu..uish...gila...love kopi..banyak yang aku xdapat terangkan disini...nanti aku sambung d lain helaian k.


Friday, September 3, 2010

suatu ketika

D : K,best ka ada blog?
K : best juga
D : best mcamana?
K : ko buli tulis apa2 jak..mcm diari la
D : ooo diari..mcm best plak..ajar aku
K : senang jak ba..ko msuk sini, ini pn ble...ini yg paling senang...
D : ok..nanti la aku cuba sendiri k..

TQ buat kiko@kenshiro...

permulaan satu perjalanan

haiyoo..

ni pertama kali aku menjejakkan diri kedalam kancah blog ni
aku harap banyak tunjuk ajar dari kawan2 semua...
peace